108. Mengucap salam

Doa 234

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Assalamu 'alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh

Semoga kedamaian, belas kasihan dan rahmat Allah berada di atasmu

-

Doa 235

و عليكم السلام و رحمة الله و بركاته

Wa alaikum alsalam wa rahmatu allah wa barakatuh

Dan damai sejahtera kepada kamu dan rahmat dan berkat Tuhan

-

Doa 236

Sabdanya Rasulullah (SAW) yang bermaksud: "Kamu tidak akan masuk syurga hingga kamu beriman dan tidak sempurna iman kamu hingga kamu berkasih sayang sesama muslim. Mahukan aku tunjukkan kepada kamu suatu perkara yang apabila kamu melakukannya kamu akan berkasih sayang? Sebarkan salam di antara kamu"

Rujukan: Muslim 1/74 dan lain-lain.

Doa 237

Sabdanya Rasulullah (SAW) yang bermaksud: "Ada tiga perkara yang apabila orang mampu melakukannya maka dia telah mengumpulkan keimanan : iaitu menginsafi diri sendiri , mengucap salam kepada orang alim , dan memberi derma dalam keadaan fakir.

Rujukan: Al-Bukhari, cf. Al-Asqalani, Fathul-Bari 1/82 daripada kata-kata 'Ammar (RA).

Doa 238

Abdullah bin 'Umar (RA) berkata: Seorang lelaki bertanya Nabi (SAW) : Manakah Islam yang paling baik? Sabda Baginda yang bermaksud : "Hendaklah engkau memberi makan dan mengucap salam kepad ameraka yang kamu kenal dan yang tidak kenal"

Rujukan: Al-Bukhari, cf. Al-Asqalani, Fathul-Bari 1/55, Muslim 1/65.