Doa 55 ☆
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ
Allaahumma 'innee 'a'oothu bika min l'athaabil-qabri, wa min 'athaabi jahannama, wa min fitnatil-mahyaa walmamaati, wa min sharri fitnatil-maseehid-dajjaal.
Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada azab kubur, aku berlindung denganMu daripada azab neraka Jahanam, aku berlindung denganMu daripada fitnah kehidupan dan kematian dan aku berlindung denganMu daripada fitnah Al-Masih Dajjal
Rujukan: Al-Bukhari 2/102, Muslim 1/412, dan ini adalah rujukan/frasa dari Muslim
Doa 56 ☆
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَأَعوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ، وَأَعوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ. اللَّهُمَّ إِنِّي أَعوذُ بِكَ مِنَ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ
Allaahumma 'innee 'a'oothu bika min 'athaabil-qabri, wa 'a'oothu bika min fitnatil-maseehid-dajjaali, wa 'a'oothu bika min fitnatil-mahyaa walmamaati. Allaahumma 'innee 'a'oothu bika minal-ma'thami walmaghrami.
Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada azab kubur, aku berlindung denganMu daripada fitnah Al-Masih Dajjal dan aku berlindung denganMu daripada fitnah yang hidup dan yang mati. Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada dosa dan hutang
Rujukan: Al-Bukhari 1/202, Muslim 1/412.
Doa 57 ☆
اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْماً كَثِيراً، وَلاَ يَغْفِرُ الذُّنوبَ إِلاَّ أَنْتَ، فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ وَارْحَمْنِي، إِنَّكَ أَنْتَ الغَفورُ الرَّحيمُ
Allaahumma 'innee dhalamtu nafsee dhulman katheeran, wa laa yaghfiruth-thunooba 'illaa 'Anta, faghfir lee maghfiratan min 'indika warhamnee 'innaka 'Antal-Ghafoorur-Raheem.
Ya Allah, aku telah banyak menzalimi diriku dan tidak ada yang mengampunkan dosa kecuali Engkau. Ampunilah aku dengan keampunan daripadaMu dan kasihanilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mengahsihani
Rujukan: Al-Bukhari 8/168, Muslim 4/2078.
Doa 58 ☆
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ، وَمَا أَخَّرْتُ، وَمَا أَسْرَرْتُ، وَمَا أَعْلَنْتُ، وَمَا أَسْرَفْتُ، وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّي. أَنْتَ الْمُقَدِّمُ، وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ
Allaahum-maghfir lee maa qaddamtu, wa maa 'akhkhartu, wa maa 'asrartu, wa maa 'a'lantu, wa maa 'asraftu, wa maa 'Anta 'a'lamu bihi minnee. 'Antal-Muqaddimu, wa 'Antal-Mu'akhkhiru laa 'ilaaha 'illaa 'Anta.
Ya Allah, ampunikanlah dosaku yang dahulu dan yang kemudian, yang aku sembunyikan dan aku zahirkan, yang aku terlanjur dan yang Engkau lebih mengetahui mengenainya dariku. Engkaulah yang dahulu dan Engkaulah yang kemudian. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau
Rujukan: Muslim 1/534.
Doa 59 ☆
اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ، وَشُكْرِكَ، وَحُسْنِ عِبادَتِكَ
Allaahumma 'a'innee 'alaa thikrika, wa shukrika, wahusni 'ibaadatika.
Ya Allah, bantulah aku dalam mengingatiMu dan bersyukur kepadaMu serta melakukan ibadat yang terbaik kepadaMu
Rujukan: Abu Dawud 2/86, An-Nasa'i 3/53. Lihat juga Al-Albani Sahih Abu Dawud 1 /284.
Doa 60 ☆
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْبُخْلِ، وَأَعوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ أَنْ أُرَدَّ إِلَى أَرْذَلِ الْعُمُرِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الدُّنْيَا وَعَذَابِ الْقَبْرِ
Allaahumma 'innee 'a'oothu bika minal-bukhli, wa 'a'oothu bika minal-jubni, wa 'a'oothu bika min 'an 'uradda 'ilaa 'arthalil-'umuri, wa 'a'oothu bika min fitnatid-dunyaa wa 'athaabil-qabri.
Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada sifat bakhil, aku berlindung denganMu daripada menjadi pengecut, aku berlindung denganMu daripada dikembalikan dalam keadaan amat tua (nyanyuk), aku berlindung denganMu daripada fitnah dunia dan aku berlindung denganMu daripada azab kubur
Rujukan: Al-Bukhari, cf(bandingkan dengan). Al-Asqalani, Fathul-Bari 6/35
Doa 61 ☆
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ النَّارِ
Allaahumma 'innee 'as'alukal-jannata wa 'a'oothu bika minan-naar.
Ya Allah, aku memohon daripadaMu syurga dan aku berlindung denganMu dariapda neraka.
Rujukan: Abu Dawud. Lihat juga Al-Albani, Sahih Ibn Majah 2/328.
Doa 62 ☆
اللَّهُمَّ بِعِلْمِكَ الغَيْبَ وَقُدْرَتِكَ عَلَى الْخَلقِ أَحْيِنِي مَا عَلِمْتَ الْحَيَاةَ خَيْراً لِي، وَتَوَفَّنِي إِذَا عَلِمْتَ الْوَفَاةَ خَيْراً لِي، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ خَشْيَتَكَ فِي الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ، وَأَسْأَلُكَ كَلِمَةَ الْحَقِّ فِي الرِّضَا وَالْغَضَبِ، وَأَسْأَلُكَ الْقَصْدَ فِي الْغِنَى وَالْفَقْرِ، وَأَسْأَلُكَ نَعِيماً لاَ يَنْفَدُ، وَأَسْأَلُكَ قُرَّةَ عَيْنٍ لاَ تَنْقَطِعُ، وَأَسْأَلُكَ الرِّضَا بَعْدَ الْقَضَاءِ، وَأَسْــــأَلُكَ بَرْدَ الْعَيْشِ بَعْدَ الْمَوْتِ، وَأَسْأَلُكَ لَذَّةَ النَّظَرِ إِلَى وَجْهِكَ، وَالشَّوْقَ إِلَى لِقائِكَ فِي غَيرِ ضَرَّاءَ مُضِرَّةٍ، وَلاَ فِتْنَةٍ مُضِلَّةٍ، اللَّهُمَّ زَيِّنَا بِزِينَةِ الإِيمَانِ، وَاجْعَلْنَا هُدَاةً مُهْتَدِينَ
Allaahumma bi'ilmikal-ghayba wa qudratika 'alal-khalqi 'ahyinee maa 'alimtal-hayaata khayran lee wa tawaffanee 'ithaa 'alimtal-wafaata khayran lee, Allaahumma 'innee 'as'aluka khashyataka fil-ghaybi wash-shahaadati, wa 'as'aluka kalimatal-haqqi fir-ridhaa walghadhabi, wa 'as'alukal-qasda fil-ghinaa walfaqri, wa 'as'aluka na'eeman laa yanfadu, wa 'as'aluka qurrata 'aynin laa tanqati'u, wa 'as'alukar-ridhaa ba'dal-qadhaa'i, wa 'as'aluka bardal-'ayshi ba'dal-mawti, wa 'as'aluka laththatan-nadhari 'ilaa wajhika wash-shawqa 'ilaa liqaa'ikafee ghayri dharraa'a mudhirratin wa laa fitnatin mudhillatin, Allaahumma zayyinnaa bizeenatil-'eemaani waj'alnaa hudaatan muhtadeen.
Ya Allah, dengan pengetahuan Engkau terhadap perkara yang ghaib dan kekuasaan Engkau ke atas makhluk, hidupkanlah aku sekiranya Engkau mengetahui hidup itu lebih baik bagiku dan matikanlah aku sekiranya Engkau mengetahui mati itu lebih baik bagiku. Ya Allah, aku memohon daripadaMu sifat takutkan Engkau sama ada dalam keadaan sembunyi atau nyata. Aku memohon kata-kata yang benar ketika redha dan semasa marah, aku memohon kepadaMu keserdahanaan semasa susah atau senang, aku memohon kepadaMu nikmat yang tidak berkurangan, aku memohon kepadaMu zuriat yang yang sejuk dipandang mata dan tidak akan putus, aku memohon kepadaMu keredhaan selepas ditakdirkan (terjadi sesuatu), aku memohon kepadaMu kehidupan yang baik selepas mati, aku memohon kepadaMu kelazatan melihat wajahMu, kerinduan untuk bertemu denganMu tanpa kesusahan yang memudharatkan dan fitnah yang meyesatkan. Ya Allah, hiasilah kami dengan perhiasan iman dan jadikanlah kami petunjuk kepada orang yang mendapat petunjuk.
Rujukan: An-Nasa'i 3/54, 55, Ahmad 4/364. Lihat juga Al-Albani, Sahih An-Nasa'i 1/281.
Doa 63 ☆
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ يَا أَللَّهُ بِأَنَّكَ الْوَاحِدُ الْأَحَدُ الصَّمَدُ الَّذِي لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يولَدْ، وَلَمْ يَكنْ لَهُ كُفُواً أَحَدٌ، أَنْ تَغْفِرَ لِي ذُنُوبِي إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِّيمُ
Allaahumma 'innee 'as'aluka yaaAllaahu bi'annakal-Waahidul-'Ahadus-Samadul-lathee, lam yalid wa lam yoolad, wa lam yakun lahu kufuwan 'Ahad, 'an taghfira lee thunoobee 'innaka 'Antal-Ghafoorur-Raheem.
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu bahawa aku telah mengaku bahawa Engkaulah Tuhan yang Esa, yang bergantung padaNya setiap sesuatu, yang tidak beranak dan diperanakkan, tidak ada seorang pun yang setara denganNya, agar Engkau mengampuni dosa-dosaku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani
Rujukan: An-Nasa'i 3/52, Ahmad 4/338. Lihat juga Al-Albani, Sahih An-Nasa'i 1/280 dan Sifat Salat -Nabi, pg. 204.
Doa 64 ☆
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِأَنَّ لَكَ الْحَمْدَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ وَحْدَكَ لاَ شَرِيكَ لَكَ، الْمَنَّانُ، يَا بَدِيعَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ يَا ذَا الْجَلاَلِ وَالْإِكْرَامِ، يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ النَّارِ
Allaahumma 'innee 'as'aluka bi'anna lakal-hamda laa 'ilaaha 'illaa 'Anta wahdaka laa shareeka laka, Al-Mannaanu, yaa Badee'as-samaawaati wal'ardhi yaa Thal-Jalaali wal-'Ikraam, yaa Hayyu yaa Qayyoomu 'innee 'as'alukal-jannata wa 'a'oothu bika minan-naar.
Ya Allah, aku memohon kepadaMu, sesungguhnya bagi Engkaulah kepujian, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau, Engkau Yang Esa tiada sekutu bagi Engkau, Yang Menganugerahi, Yang Mengadakan langit dan bumi, Yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan. Wahai Tuhan Yang Tetap Hidup, Yang Kekal mentadbir selama-lamanya, aku memohon kepadaMu syurga dan aku berlindung denganMu daripada neraka
Rujukan: Abu Dawud, An-Nasa'i, Ibn Majah, At-Tirmithi. Lihat juga Al-Albani, Sahih Ibn Majah 2/329.
Doa 65 ☆
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِأَنَّي أَشْهَدُ أَنَّكَ أَنْتَ اللَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ الْأَحَدُ الصَّمَدُ الَّذِي لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُواً أَحَدٌ
Allaahumma 'innee 'as'aluka bi'annee 'ash-hadu 'annaka 'Antallaahu laa 'ilaaha 'illaa 'Antal-'Ahadus-Samadul-lathee lam yalid wa lam yoolad wa lam yakun lahu kufuwan 'Ahad.
Ya Allah, aku memohon kepadaMu, sesungguhnya aku telah mengaku bahawa Engkaulah Tuhan yang Esa, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau yang Esa, yang aku bergantung padaNya setiap sesuatu, Yang tidak beranak dan diperanakkan dan tidak ada seorang pun yang setara denganNya
Rujukan: Abu Dawud 2/62, Ibn Majah 2/1267, At-Tirmithi 5/515, Ahmad 5/360. Lihat juga Al-Albani, Sahih Ibn Majah 2/329 dan Sahih At-Tirmithi 3/163.