28. Bacaan sebelum dan selepas tidur

Doa 99

Al-Ikhlas
قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ (١)
اللَّهُ الصَّمَدُ (٢)
لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ (٣)
وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ (٤)

Al-Falaq
قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ (١)
مِن شَرِّ مَا خَلَقَ (٢)
وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ (٣)
وَمِن شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ (٤)
وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ (٥)

An-Nas
قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ (١)
مَلِكِ النَّاسِ (٢)
إِلَهِ النَّاسِ (٣)
مِن شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ (٤)
الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ (٥)
مِنَ الْجِنَّةِ وَ النَّاسِ (٦)

Al-Ikhlas
Bismillaahir-Rahmaanir-Raheem.
1. Qul Huwallaahu 'Ahad.
2. Allaahus-Samad.
3. Lam yalid wa lam yoolad.
4. Wa lam yakun lahu kufuwan 'ahad.

Al-Falaq
Bismillaahir-Rahmaanir-Raheem.
1. Qul 'a'oothu birabbil-falaq.
2. Min sharri maa khalaq.
3. Wa min sharri ghaasiqin 'ithaa waqab.
4. Wa min sharrin-naffaathaati fil-'uqad.
5. Wa min sharri haasidin 'ithaa hasad.

An-Nas
Bismillaahir-Rahmaanir-Raheem.
1. Qul 'a'oothu birabbin-naas .
2. Malikin-naas .
3. 'Ilaahin-naas .
4. Min sharril-waswaasil-khannaas.
5. Allathee yuwaswisu fee sudoorin-naas.
6. Minal-jinnati wannaas.

(Kemudian usapkan tangan anda sejauh yang anda boleh jangkau, bermula dengan kepala dan muka, maka bahagian depan badan anda. Lakukan ini tiga kali.)

Al-Ikhlas
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
1. Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa
2. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat
3. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan
4. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.

Al-Falaq
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
1. Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk,
2. Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan
3. Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk
4. Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan)
5. Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya

An-Nas
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
1. Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.
2. Yang Menguasai sekalian manusia
3. Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia
4. Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam
5. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia
6. (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia

Rujukan: Al-Bukhari, cf. Al-Asqalani, Fathul-Bari 9/62, dan Muslim 4/ 1723.

Doa 100

اللّهُ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ لَّهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ مَن ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلاَ يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَاء وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ وَلاَ يَؤُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ

'A 'oothu billaahi minash-Shaytaanir-rajeem. Allaahu laa 'ilaaha 'illaa Huwal-Hayyul-Qayyoom, laa ta'khuthuhu sinatun wa laa nawm, lahu maa fis-samaawaati wa maa fil-'ardh, man thai-lathee yashfa'u 'indahu 'illaa bi'ithnih, ya'lamu maa bayna 'aydeehim wa maa khalfahum, wa laa yuheetoona bishay'im-min 'ilmihi 'illaa bimaa shaa'a, wasi'a kursiyyuhus samaawaati wal'ardh, wa laa ya'ooduhu hifdhuhumaa, wa Huwal- 'Aliyyul- 'Adheem.

Aku memohon perlindungan dariapada Syaitan yang direjam. Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)

Rujukan: Al-Baqarah 2:255. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, dia akan dipelihara oleh Allah dan syaitan tidak mengampirinya sehingga waktu pagi. Rujuk Al-Bukhari, cf. Al-Asqalani, Fathul-Bari 4/487.

Doa 101

آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آمَنَ بِاللّهِ وَمَلآئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لاَ نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِ وَقَالُواْ سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ (٢٨٥)
لاَ يُكَلِّفُ اللّهُ نَفْسًا إِلاَّ وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنتَ مَوْلاَنَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ (٢٨٦)

'Aamanar-Rasoolu bimaa 'unzila mir-Rabbihi walmu'minoon, kullun 'aamana billaahi wa malaa'ikatihi wa Kutubihi wa Rusulihi, laa nufarriqu bayna 'ahadim-mir-Rusulihi, wa qaaloo sami'naa wa 'ata'naa ghufraanaka Rabbanaa wa 'ilaykal-maseer. Laa yukallifullaahu nafsan 'illaa wus'ahaa, lahaa maa kasabat wa 'alayhaa mak-tasabat, Rabbanaa laa tu'aakhithnaa 'in naseenaa 'aw 'akhta'naa, Rabbanaa wa laa tahmil 'alaynaa 'isran kamaa hamaltahu 'alal-latheena min qablinaa, Rabbanaa wa laa tuhammilnaa maa laa taaqata lanaa bihi, wa'fu 'annaa, waghfir lanaa warhamnaa, 'Anta Mawlaanaa fansurnaa 'alal-qawmil-kaafireen.

Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya". Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali. Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".

Rujukan: Al-Baqarah 2:285-6.Sesiapa yang membaca dua ayat ini pada waktu malam cukuplah ia sebagai pelindung. Al-Bukhari, cf. Al-Asqalani, Fathul-Bari.9/94, Muslim 1/554.

Doa 102

بِاسْمِكَ رَبِّي وَضَعْتُ جَنْبِي، وَبِكَ أَرْفَعُهُ، فَإِن أَمْسَكْتَ نَفْسِي فارْحَمْهَا، وَإِنْ أَرْسَلْتَهَا فَاحْفَظْهَا، بِمَا تَحْفَظُ بِهِ عِبَادَكَ الصَّالِحِينَ

Bismika Rabbee wadha'tu janbee , wa bika 'arfa'uhu, fa'in 'amsakta nafsee farhamhaa, wa 'in 'arsaltahaa fahfadhhaa, bimaa tahfadhu bihi 'ibaadakas-saaliheen.

Dengan namaMu wahai Tuhanku aku letakkan lambungku dan dengan namaMu aku mengangkatnya. Sekiranya Engkau memegang rohku (mati) maka ampunilah ia, sekiranya Engkau lepaskan ia makan peliharakanlah ia sebagaimana Engkau menjaga hamba-hamba Engkau yang Soleh.

Rujukan: 1 "Apabila bangun seseorang kamu dari tempat tidurnya, kemudian dia kembali semula kepadanya, maka hendaklah dikibaskan dengan hujung kainnya sebanyak tiga kali dan sebutlah nama Allah "Bismillah" kerana dia tidak mengetahui sesuatu yang datang kepadanya selepas ditinggalkannya dan apabila henda baring, bacalah doa ini . . ". 2 Al-Bukhari 1 1/ 126 dan Muslim 4/2084.

Doa 103

اللَّهُمَّ إِنَّكَ خَلَقْتَ نَفْسِي وَأَنْتَ تَوَفَّاهَا، لَكَ مَمَاتُهَا وَمَحْياهَا، إِنْ أَحْيَيْتَهَا فَاحْفَظْهَا، وَإِنْ أَمَتَّهَا فَاغْفِرْ لَهَا. اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ العَافِيَةَ

Allaahwmma 'innaka khalaqta nafsee wa 'Anta tawaffaahaa, laka mamaatuhaa wa mahyaahaa, 'in 'ahyaytahaa fahfadhhaa, wa 'in 'amattahaa faghfir lahaa . Allaahumma 'innee 'as'alukal-'aafiyata.

Ya Allah, Engkau telah menciptakan diriku dan Engkau mematikannya (menidurkannya), maka bagiMu kematian dan kehidupannya, sekiranya Engkau menghidupkannya peliharalah ia, sekiranya Engkau mematikannya ampunilah ia. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon daripadaMu kesejahteraan.

Rujukan: Muslim 4/2083 dan Ahmad 2/79.

Doa 104

اللَّهُمَّ قِنِي عَذَابَكَ يَوْمَ تَبْعَثُ عِبَادَكَ

Allaahumma qinee 'athaabaka yawma tab'athu 'ibaadaka.

Ya Allah peliharalah aku daripada azabMu pada hari Engkau bangkitkan hamba-hambaMu (Tiga Kali)

Rujukan: 1 "Apabila Rasulullah (SAW) hendak tidur, baginda meletakkan tangan kanan di bawah pipinya dan kemudian membaca doa ini" 2 Abu Dawud 4/311. Lihat juga Al-Albani, Sahih At-Tirmithi 3/143.

Doa 105

بِاسْمِكَ اللَّهُمَّ أَمُوتُ وَأَحْيَا

Bismika Allaahumma 'amootu wa 'ahyaa.

Ya Allah dengan namaMu aku mati (tidur) dan dengan namaMu aku hidup (jaga)

Rujukan: Di sini, mati dan hidup adalah metafora untuk tidur dan terjaga. Ini menjelaskan mengapa susunan kata-kata biasa telah dibalikkan dalam Hadis ini. Dalam konteks lain, kehidupan disebut sebelum mati.. Rujuk Qur'an Al-Baqarah 2:258, Aal-'Imrdn 3:156, Al-A'raf 7:158 antara banyak contoh lain, (alih bahasa.). Lihat juga Al-Asqalani, Fathul-Bari 11/113, Muslim 4/ 2083.

Doa 106

سُبْحَانَ اللَّهِ (ثلاثاً وثلاثين) وَالْحَمْدُ لِلَّهِ (ثلاثاً وثلاثين) وَاللَّهُ أَكْبَرُ (أربعاً وثلاثينَ)

Subhaanallaahi, - Walhamdu lillaahi, -Wallaahu 'Akbar.

Maha Suci Allah (33 Kali) Segala Puji bagi Allah (33 Kali) Allah Maha Besar (33 Kali)

Rujukan: Al-Bukhari, cf. Al-Asqalani, Fathul-Bari 7/71, Muslim 4/2091.

Doa 107

اللَّهُمَّ رَبَّ السَّمَوَاتِ السَّبْعِ وَرَبَّ الأَرْضِ، وَرَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ، رَبَّنَا وَرَبَّ كُلِّ شَيْءٍ، فَالِقَ الْحَبِّ وَالنَّوَى، وَمُنْزِلَ التَّوْرَاةِ وَالْإِنْجِيلِ، وَالْفُرْقَانِ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ شَيْءٍ أَنْتَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهِ. اللَّهُمَّ أَنْتَ الأَوَّلُ فَلَيْسَ قَبْلَكَ شَيْءٌ، وَأَنْتَ الآخِرُ فَلَيسَ بَعْدَكَ شَيْءٌ، وَأَنْتَ الظَّاهِرُ فَلَيْسَ فَوْقَكَ شَيْءٌ، وَأَنْتَ الْبَاطِنُ فَلَيْسَ دُونَكَ شَيْءٌ، اقْضِ عَنَّا الدَّيْنَ وَأَغْنِنَا مِنَ الْفَقْرِ

Allaahumma Rabbas-samaawaatis-sab'i wa Rabbal-'Arshil-'Adheem, Rabbanaa wa Rabba kulli shay 'in, faaliqal-habbi wannawaa , wa munzilat-Tawraati wal-'Injeeli, wal-Furqaani, 'a'oothu bika min sharri kulli shay 'in 'Anta 'aakhithun binaasiyatihi. Allaahumma 'Antal-'Awwalu falaysa qablaka shay'un, wa 'Antal-'Aakhiru falaysa ba'daka shay'un, wa 'Antadh-Dhaahiru falaysa fawqaka shay'un, wa 'Antal-Baatinu falaysa doonaka shay'un, iqdhi 'annad-dayna wa 'aghninaa minal-faqri.

Ya Allah, Tuhan tujuh lapisan langit dan bumi, Tuhan Arasy yang Agung, Tuhan kami dan Tuhan setiap sesuatu, Yang membelah (menumbuhkan) biji (tumbuh-tumbuhan) dan butir (buah-buahan) Yang menurunkan Taurat, Injil (1) dan Furqan (Al-Quran), aku berlindung denganMu daripada kejahatan setiap sesuatu, Engkau Yang Berkuasa ke atasnya (2), Ya Allah, Engkau Yang Awal tiada sebelumMu sesuatu, Engkau Yang Terakhir tiada selepasMu sesuatu. Engkaulah Yang Zahir dan tiada di atasMu sesuatu, Engkaulah Yang Batin dan tiada sesuatu di bawahMu, jelaskanlah daripada kami hutang kami dan berikanlah kami kekayaan agar kami bebas daripada kefakiran. (3)

Rujukan: 1 The Scripture that was revealed to 'Isa (Jesus). 2 See Qur'an Al-'Alaq 96:15, "nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam neraka" (Penterjemah) 3 Muslim 4/2084.

Doa 108

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَطْعَمَنَا وَسَقَانَا، وَكَفَانَا، وَآوَانَا، فَكَمْ مِمَّنْ لاَ كَافِيَ لَهُ وَلاَ مُؤْوِيَ

Alhamdu lillaahil-lathee 'at'amanaa wa saqaanaa, wa kafaanaa, wa 'aawaanaa, fakam mimman laa kaafiya lahu wa laa mu'wiya.

Segala puji bagi Allah yang memberi makan dan memberi minum kepada kami dan mencukupkan kami serta memberi tempat berteduh kepada kami. Alangkah ramainya orang yang tidak ada yang mencukupkannya dan memberi tempat ia berteduh

Rujukan: Muslim 4/2085.

Doa 109

اللَّهُمَّ عَالِمَ الغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَاطِرَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ، رَبَّ كُلِّ شَيْءٍ وَمَلِيكَهُ، أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ نَفْسِي، وَمِنْ شَرِّ الشَّيْطانِ وَشِرْكِهِ، وَأَنْ أَقْتَرِفَ عَلَى نَفْسِي سُوءاً، أَوْ أَجُرَّهُ إِلَى مُسْلِمٍ

Allaahumma 'Aalimal-ghaybi wash-shahaadati faatiras-samaawaati wal'ardhi, Rabba kulli shay 'in wa maleekahu, 'ash-hadu 'an laa 'ilaaha 'illaa 'Anta, 'a'oothu bika min sharri nafsee, wa min sharrish-shaytaani wa shirkihi, wa 'an 'aqtarifa 'alaa nafsee soo 'an, 'aw 'ajurrahu 'ilaa Muslimin.

Ya Allah, Engkau mengetahui yang ghaib dan nyata, Pencipta langit dna bumi, Tuhan setiap sesuatu dan memilikinya, aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau, aku berlindung denganMu daripada kejahatan diriku dan kejahatan syaitan dan sekutunya dan aku berlindung daripada berusaha untuk melakukan kejahatan terhadap diriku atau aku mendorong orang Islam melakukannya.

Rujukan: Abu Dawud 4/317. Lihat juga Al-Albani, Sahih At-Tirmithi 3/142.

Doa 110

Membaca Surah 32 (As-Sajdah) dan Surah 67 (Al-Mulk)

Rujukan: At-Tirmithi, An-Nasa'i. Lihat juga Al-Albani, Sahihul-Jami ' As-Saghir 4/255

Doa 111

اللَّهُمَّ أَسْلَمْتُ نَفْسِي إِلَيْكَ، وَفَوَّضْتُ أَمْرِي إِلَيْكَ، وَوَجَّهْتُ وَجْهِي إِلَيْكَ، وَأَلْجَأْتُ ظَهْرِي إِلَيْكَ، رَغْبَةً وَرَهْبَةً إِلَيْكَ، لاَ مَلْجَأَ وَلاَ مَنْجَا مِنْكَ إِلاَّ إِلَيْكَ، آمَنْتُ بِكِتَابِكَ الَّذِي أَنْزَلْتَ، وَبِنَبِيِّكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ

Allaahumma 'aslamtu nafsee 'ilayka, wa fawwadhtu 'amree 'ilayka, wa wajjahtu wajhee 'ilayka, wa 'alja'tu dhahree 'ilayka, raghbatan wa rahbatan 'ilayka, laa maalja' wa laa manja minka 'illaa 'ilayka, 'aamantu bikitaabikal-lathee 'anzalta wa bi-nabiyyikal-lathee 'arsalta.

Ya Allah, aku serahkan diriku kepadaMu dan aku serahkan urusanku kepadaMu dan aku hadapkan mukaku kepadaMu dan aku sandarkan belakangku ini kepada (kekuasaan) Engkau, dengan keinginanku dan ketakutanku kepadaMu, tiada tempat pergantungan dan tiada tempat untuk menyelamatkan diri daripadaMu kecuali kepadaMu, aku beriman dengan kitabMu yang Engkau turunkan dan aku beriman dengan NabiMu yang Engkau utuskan.

Rujukan: 1 "Apabila kamu hendak tidur, berwudhu'lah seperti wudhu' untuk solat. Kemudian baringlah di atas lambung (bahagian) sebelah kanan dan bacalah doa ini . " Rasulullah (SAW) bersabda: "Sekiranya engkau mati, kamatianmu di atas firtrah (Fitrah)." Al-Bukhari, cf. Al-Asqalani, Fathul-Bari 11/113, Muslim 4/2081.