Doa 261 ☆
Sabada Rasulullah (SAW) yang bermaksud: " Demi Allah, sesungguhnya aku meminta ampun dan bertaubat kepadaNya setiap hari lebih dari 70 kali"
Rujukan: Al-Bukhari, cf (bandingkan dengan). Al-Asqalani, Fathul-Bari 11/101.
Doa 262 ☆
Sabda Rasulullah (SAW) yang bermaksud: "Wahai manusia, Bertaubatlah kamu kepad Allah! Sesungguhnya aku bertaubat kepadaNya setiap hari 100 kali"
Rujukan: Muslim 4/2076.
Doa 263 ☆
أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظيمَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ القَيّوُمُ وَأَتُوبُ إِلَيهِ
'Astaghfirullaahal-'Adheemal-lathee laa 'ilaaha 'illaa Huwal-Hayyul-Qayyoomu wa 'atoobu 'ilayhi.
Sabda Rasulullah (SAW) yang bermaksud: "Sesiapa yang membaca : 'Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain daripadaNya, yang hidup dan yang menguruskan makhlukNya dan aku bertaubat kepadaNya' nescaya Allah akan ampunkan dosanya sekalipun dia telah lari dari medan peperangan "
Rujukan: Abu Dawud 2/85, At-Tirmithi 5/569, dan Al-Hakim mentashihkannya dan Ath-Thahabi bersetuju dengannya 1/511. Al-Albani menilaikannya sahih di dalam Sahih At-Tirmithi 3/182. Lihat juga Jami'ul-'Usool li-'Ahdaith Ar-Rasool 4/ 389-90 ditahqiq (semak) oleh Al-Arna'ut.
Doa 264 ☆
Sabda Rasulullah (SAW) yang bermaksud: "Waktu yang paling hampir antara Tuhan dengan hambanya ialah pada akhir malam. Kalau kamu mampu untuk berzikir kepada Allah pad awaktu itu, hendaklah kamu lakukannya"
Rujukan: At-Tirmithi, An-Nasa'i 1/279 dan Al-Hakim. Lihat juga Al-Albani, Sahih At-Tirmithi 3/183, dan Jdmi'ul-'Usool dengan Al-Arna'ut's tahqiq 4/144.
Doa 265 ☆
Sabda Rasulullah (SAW) yang bermaksud: "Keadaan yang paling hampir antara seorang hamba dengan Tuhannya ialah sewaktu dia sujud. maka perbanyakkan doa pada waktu itu"
Rujukan: Muslim 1/350.
Doa 266 ☆
Sabda Rasulullah (SAW) yang bermaksud: "Sesungguhnya hatiku lupa (tidak ingat kepada Allah) dan sesungguhnya aku meminta ampun dariapda Allah setiap hari 100 kali"
Rujukan: Muslim 4/2075. Ibn 'Athir menjelaskan maksud 'Ada tutupan di hatiku' ialah Lupa, kerana Nabi (SAW) sentiasa berzikir dan menghampirkan diri kepada Allah. Apabila berlaku terlupa sedikit atau sekejap, Baginda telah merasakannya satu kesalahan dan terus beristighfar kepada Allah. Lihat Jami' Al-Usul 4/386
Doa 284 ☆
رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَا أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَا إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ
Rabbanā wa j`alnā Muslimayni laka wa min Dhurrīyatinā 'ummatan Muslimatan laka wa 'arinā manāsikanā wa tub `alaynā 'innaka 'anta t-Tawwābu r-Raĥīm
Doa Nabi Ibrahim (AS) dan Nabi Ismail (AS) kepada Allah :
"Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani;
Rujukan: Quran, Surah 2, Ayat 128. Dalam konteks doa ini, Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail (AS) berdoa dengan menggunakan perkataan "kami berdua". Boleh digunakan untuk umum (-Penterjemah)
Doa 291 ☆
رَبَّنَا آمَنَّا بِمَا أَنزَلَتْ وَاتَّبَعْنَا الرَّسُولَ فَاكْتُبْنَا مَعَ الشَّاهِدِينَ
Rabbanā 'āmannā bimā 'anzalta wa ttaba`nā r-Rasula fāktubnā ma`a sh-Shāhidin
(Penyokong-penyokong Nabi Isa) berkata:
"Wahai Tuhan kami! Kami telah beriman kepada apa yang telah Engkau turunkan, dan kami mengikut RasulMu; oleh itu suratkanlah kami beserta orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui keesaanMu dan kebenaran RasulMu)".
Rujukan: Quran, Surah 3, Ayat 53. Merujuk kepada Penyokong Nabi Isa (AS) tersebut di dalam akhir ayat 52 mengatakan "Kamilah penolong-penolong (utusan) Allah. Kami telah beriman kepada Allah, dan saksikanlah (wahai Nabi Allah) sesungguhnya kami ialah orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)." - (-Penterjemah)
Doa 294 ☆
193. رَّبَّنَا إِنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِيًا يُنَادِي لِلإِيمَانِ أَنْ آمِنُواْ بِرَبِّكُمْ فَآمَنَّا رَبَّنَا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ الأبْرَارِ
194. رَبَّنَا وَآتِنَا مَا وَعَدتَّنَا عَلَى رُسُلِكَ وَلاَ تُخْزِنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّكَ لاَ تُخْلِفُ الْمِيعَادَ
193.Rabbanā 'innanā Sami`nā Munādiān yunādi lil'imāni 'an 'āminu birabbikum fa'āmannā Rabbanā fāghfir lanā Dhunubanā wa kaffir `annā Sayyi'ātinā wa tawaffanā ma`a l-'Abrār
194. Rabbanā wa 'ātinā mā wa`adtanā `ala Rusulika wa Lā tukhzinā Yawma l-Qiyāmati 'innaka Lā tukhlifu l-Mi`ād
193. "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: ` Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu ', maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti"
194. "Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu, dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji".
Rujukan: Quran, Surah 3, Ayats 193-194
Doa 297 ☆
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ
Rabbanā Zalamnā 'anfusanā wa 'in lam taghfir lanā wa tarhamnā lanakunanna mina l-Khāsirin
"Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi".
Rujukan: Quran, Surah 7, Ayat 23
Doa 302 ☆
رَبِّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ أَنْ أَسْأَلَكَ مَا لَيْسَ لِي بِهِ عِلْمٌ وَإِلاَّ تَغْفِرْ لِي وَتَرْحَمْنِي أَكُن مِّنَ الْخَاسِرِينَ
Rabbi 'inni 'a`udhu bika 'an 'as'alaka Mā laysa li bihi `ilmun wa 'illā taghfir li wa tarhamni 'akun mina l-Khāsirin
Doa Nabi Nuh (AS) kepada Allah SWT :
"Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada memohon sesuatu yang aku tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; dan jika Engkau tidak mengampunkan dosaku, dan memberi rahmat kepadaku, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang rugi".
Rujukan: Quran, Surah 11, Ayat 47
Doa 304 ☆
وَمَا أُبَرِّئُ نَفْسِي إِنَّ النَّفْسَ لأَمَّارَةٌ بِالسُّوءِ إِلاَّ مَا رَحِمَ رَبِّيَ إِنَّ رَبِّي غَفُورٌ رَّحِيمٌ
wa mā 'ubarri'u nafsi 'inna n-Nafsa la'ammāratun bis-Su'i 'illā mā Rahima Rabbi 'inna Rabbi Ghafurun Rahim
Isteri seorang lelaki yang mulia, yang cuba menggoda Nabi Yusuf (Yusuf) berkata:
"Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
Rujukan: Quran, Surah 12, Ayat 53
Doa 315 ☆
رَبَّنَا آمَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا وَأَنتَ خَيْرُ الرَّاحِمِينَ
Rabbana 'āmannā fāghfir lanā wa rhamnā wa 'anta khayru r-Rāhimin
Wahai Tuhan kami, kami telah beriman; oleh itu ampunkanlah dosa kami serta berilah rahmat kepada kami, dan sememangnya Engkaulah jua sebaik-baik Pemberi rahmat
Rujukan: Quran, Surah 23, Ayat 109
Doa 316 ☆
رَّبِّ اغْفِرْ وَارْحَمْ وَأَنتَ خَيْرُ الرَّاحِمِينَ
Rabbi ghfir wa rham wa 'anta khayru r-Rāhimin
Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan kurniakan rahmat, dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik Pemberi rahmat!
Rujukan: Quran, Surah 23, Ayat 118
Doa 320 ☆
رَبِّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي فَاغْفِرْ لِي
Rabbi 'inni Zalamtu nafsi fāghfir li
Doa Nabi Musa (AS) kepada Allah SWT dengan berkata :
"Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diri sendiri; oleh itu ampunkanlah - apalah jua kiranya - akan dosaku"
Rujukan: Quran, Surah 28, Ayat 16
Doa 328 ☆
رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوفٌ رَّحِيمٌ
Rabbanā ghfir lanā wa li'akhwāninā l-Ladhina Sabaqunā bil-'Imāni wa Lā taj`al fi qulubinā Ghillāan lilladhina 'āmanu Rabbanā 'innaka Ra'ufun Rahim
"Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu".
Rujukan: Quran, Surah 59, Ayat 10
Doa 329 ☆
رَّبَّنَا عَلَيْكَ تَوَكَّلْنَا وَإِلَيْكَ أَنَبْنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ
رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِّلَّذِينَ كَفَرُوا وَاغْفِرْ لَنَا رَبَّنَا إِنَّكَ أَنتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
Rabbanā `alayka tawakkalnā wa 'ilayka 'anabnā wa 'ilayka l-Masir
Rabbanā Lā taj`alnā fitnatan lilladhina kafaru wa ghfir lanā Rabbanā 'innaka 'anta l-`Azizu l-Hakim
Doa Nabi Ibrahim (AS) kepada Allah SWT dengan mengatakan :
"Wahai Tuhan kami! Kepada Engkaulah sahaja kami berserah diri, dan kepada Engkaulah kami rujuk bertaubat, serta kepada Engkaulah jua tempat kembali!,
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan pendirian dan keyakinan kami terpesong kerana penindasan orang-orang kafir, dan ampunkanlah dosa kami wahai Tuhan kami; sesungguhnya Engkaulah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".
Rujukan: Quran, Surah 60, Ayats 4-5