118. Bacaan ketika berada di atas bukti Safa dan Marwa

Doa 248

إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَآئِرِ اللَّهِ

'Innas-Safaa wal-Marwata min sha'aa'irillaah. 'Abda'u bimaa bada'allaahu bihi.

Apabila berada di tepi bukit safa Nabi (SAW) membaca:
Sesungguhnya bukit Safa dan Marwah adalah sebahagian dari syiar tempat beribadat kepada Allah.
Beliau (Sa'y) kemudiannya naik ke atas bukit Safa sehingga melihat Kaabah dan menghadapkan mukanya ke arah kiblat. Baginda membaca kalimah tauhid dan bertakbir: Laa 'ilaaha 'illallaah, Allaahu 'Akbar (Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, Allah Maha Besar)

Rujukan: Muslim 2/888.

Doa 249

إِنَّ الصَّفَا والمَرْوَةَ مِنْ شَعائرِ الله. أَبْدَأُ بِمَا بَدَأَ اللهُ بِهِ. لَا إِلهَ إِلَّا اللهُ وَ اللهُ أَكْـبَر لَا إِلهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ المُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ وهُوَ عَلى كُلِّ شَيءٍ قَديرٌ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ أَنْجَزَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَهَزَمَ الأَحْزَابَ وَحْدَهُ

Laa 'ilaaha 'illallaahu wahdahu laa shareeka lahu, lahul-mulku wa lahul-hamdu wa Huwa 'alaa kulli shay'in Qadeer, laa 'ilaaha 'illallaahu ilahaahu, 'anjaza wa'dahu, wa nasara 'abdahu, wa hazamal 'ahzaaba wahdahu.

Kemudian Beliau berkata : Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Esa tiada sekutu bagiNya, baginya kerajaan dan baginya kepujian dan Dia berkuasa ke atas setiap sesuatu. Tiada Tuhan melainkan Allah yang esa, tiada sekutu bagiNya. Allah telah menepati janjiNya dan membela hambanya dan mengalahkan tentera musuh dengan sendiriNya.

Kemudian Nabi (SAW) berdoa di antara keduanya. Baginda membacanya sebanyak tiga kali. Di dalam hadis tersebut juga dikatakan bahawa Nabi (SAW) membaca di atas bukit Marwah seperti bacaannya di Safa.

Rujukan: Muslim 2/888.