55. Doa solat Jenazah

Doa 156

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ، وَعَافِهِ، وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ، وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ، وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَاراً خَيْراً مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلاً خَيْراً مِنْ أَهْلِهِ، وَزَوْجَاً خَيْراً مِنْ زَوْجِهِ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ القَبْرِ [وَعَذَابِ النَّارِ]

Allaahum-maghfir lahu warhamhu, wa 'aafihi, wa'fu 'anhu, wa 'akrim nuzulahu, wa wassi' mudkhalahu, waghsilhu bilmaa'i waththalji walbaradi, wa naqqihi minal-khataayaa kamaa naqqaytath-thawbal-'abyadha minad-danasi, wa 'abdilhu daaran khayran min daarihi, wa 'ahlan khayran min 'ahlihi, wa zawjan khayran min zawjihi, wa 'adkhilhul-jannata, wa. 'a'ithhu min 'athaabil-qabri[wa 'athaabin-naar].

Ya Allah, Ampunilah baginya, kasihanilah dia, selamatkanlah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kedudukannya, perluaskanlah tempat masuk (kuburnya), sucikanlah dia dengan air, salji dan air sejuk, bersihkanlah dia dari dosa-dosa seperti Engkau bersihkan kain yang putih dan kekotoran, gantikanlah dia rumah yang lebih baik dari rumahnya, ahli keluarga yang lebih baik dari ahli keluarganya dan pasangan yang lebih baik dari pasangannya, masukkanlah dia ke syurga dan hindarilah dia daripada azab kubur dan azab neraka.

Rujukan: Muslim 2/663

Doa 157

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِحَيِّنَا وَمَيِّتِنَا، وَشَاهِدِنَا وَغَائِبِنَا، وَصَغِيرِنَا وَكَبيرِنَا، وَذَكَرِنَا وَأُنْثَانَا. اللَّهُمَّ مَنْ أَحْيَيْتَهُ مِنَّا فَأَحْيِهِ عَلَى الْإِسْلاَمِ، وَمَنْ تَوَفَّيْتَهُ مِنَّا فَتَوَفَّهُ عَلَى الإِيمَانِ، اللَّهُمَّ لاَ تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ، وَلاَ تُضِلَّنَا بَعْدَهُ

Allaahum-maghfir lihayyinaa, wa mayyitinaa, wa shaahidinaa, wa ghaa'ibinaa, wa sagheerinaa wa kabeerinaa, wa thakarinaa wa 'unthaanaa. Allaahumma man 'ahyaytahu minnaa fa'ahyihi 'alal-'Islaami, wa man tawaffaytahu minnaa fatawaffahu 'alal-'eemaani, Allaahumma laa tahrimnaa 'ajrahu wa laa tudhillanaa ba'dahu.

Ya Allah, ampunilah mereka yang masih hidup dan yang telah mati, yang ada di kalangan kami dan yang tiada, yang kecil di kalangan kami dan yang tua serta yang lelaki dikalangan kami dan yang perempuan. Ya Allah, orang-orang yang telah Engkau hidupkan di antara kami, maka hidupkanlah dia dalam Islam dan orang-orang ynag telah Engkau matikan di antara kami, matikanlah dia dalam iman. Ya Allah, jangan Engkau halang kami dari pahalanya dan janganlah Engkau sesatkan kami selepasnya.

Rujukan: Ibn Majah 1/480, Ahmad 2/368. Lihat juga Al-Albani, Sahih Ibn Majah 1/251.

Doa 158

اللَّهُمَّ إِنَّ فُلاَنَ بْنَ فُلاَنٍ فِي ذِمَّتِكَ، وَحَبْلِ جِوَارِكَ، فَقِهِ مِنْ فِتْنَةِ الْقَبْرِ، وَعَذَابِ النَّارِ، وَأَنْتَ أَهْلُ الْوَفَاءِ وَالْحَقِّ، فَاغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ إِنَّكَ أَنْتَ الغَفُورُ الرَّحِيمُ

Allaahumma 'inna [name the person] fee thimmatika, wa habli jiwaarika, faqihi min fitnatil-qabri wa 'athaabin-naari, wa 'Anta 'ahlul-wafaa'i walhaqqi. Faghfir lahu warhaw.hu 'innaka 'Antal-Ghafoorur-Raheem.

Ya Allah, Sesungguhnya [sebutkan nama...] di dalam jagaan Engkau, dan tali perlindungan Engkau, maka peliharalah dia daripada fitnah kubur dan azab neraka. Engkaulah ahli yang menunaikan janji dan kebenaran, makan ampunilah abginya dan kasihanilah dia. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani

Rujukan: Ibn Majah, Abu Dawud 3/211. Lihat juga Al Albani, Sahih Ibn Majah 1/251.

Doa 159

اللَّهُمَّ عَبْدُكَ وَابْنُ أَمَتِكَ احْتَاجَ إِلَى رَحْمَتِكَ، وَأَنْتَ غَنِيٌّ عَنْ عَذَابِهِ، إِنْ كَانَ مُحْسِناً فَزِدْ فِي حَسَنَاتِهِ، وَإِنْ كَانَ مُسِيئاً فَتَجَاوَزْ عَنْهُ

Allaahumma 'abduka wabnu 'amatika ihtaaja 'ilaa rahmatika, wa 'Anta ghaniyyun 'an 'athaabihi, 'in kaana muhsinan fazid fee hasanaatihi, wa 'in kaana musee'an fatajaawaz 'anhu.

Ya Allah, Hamba Engkau dan anak hamba perempuan Engkau mengharapkan belas kasihan Engkau dan Engkau Maha Kaya dari mengazabnya. Sekiranya dia melakukan kebajikan maka tambahkanlah ia pada kebajikannya dan sekiranya dia berdosa, lepaskanlah dia darinya

Rujukan: Al-Hakim 1/359 mentashihnya dan Ath-Thahabi menyokongnya. Lihat juga Al-Albani, Ahkamul-Jana'iz, p. 125.